sdab.zoom-a.com
SK DATO SHAH BANDAR ABU BAKAR LABU HILIR
Tel : [06-7992511], Faks : [06-7992511]
e-mel : sdab@zoom-a.com

| Kata Aluan | Staf Akademik | Staf Sokongan | Sejarah | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Visi, Misi, Objektif | Logo Sekolah | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Enrolmen Pelajar | PIBG | Keputusan UPSR | Ked Sek | Peraturan Sek | Tema Hari Guru | Pautan | Buku Pelawat | Takwim UPSR | Aktiviti Tahunan | Dalam Kenangan | Web Sek | Panorama | Senarai Guru Besar | Pelan Sekolah | Jom Sembang |



Sekapur Sirih
Guru Besar SKDSAB
(Tn Haji Osman Bin Abdullah)

ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

   Pada masa kini, arus teknologi maklumat telah menjadikan komputer dan internet sudah serasi dengan pelbagai urusan harian yang boleh dilakukan secara elektronik. Pemindahan maklumat secara elektronik dan globalisasi telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada dunia pendidikan. Sesuai dengan arus ini, sekolah dan warga sekolah juga mesti berubah selaras dengan gelombang kemajuan.

 Para pendidik harus bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya selaras dengan kehendak profesion. Para pendidik juga perlu gigih, kreatif dan inovatif serta mempunyai daya tahan bagi menghadapi cabaran dan ketidakpastian dalam dunia siber dan demi melahirkan anak didik yang cemerlang mengikut arus kemajuan pendidikan di negara kita.

 Semoga apa yang terkandung di dalam laman web sekolah ini dapat membantu dan dimanfaatkan bersama. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang benar,

Tn Haji Osman Bin Abdullah



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: