sdab.zoom-a.com
SK DATO SHAH BANDAR ABU BAKAR LABU HILIR
Tel : [06-7992511], Faks : [06-7992511]
e-mel : sdab@zoom-a.com

| Kata Aluan | Staf Akademik | Staf Sokongan | Sejarah | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Visi, Misi, Objektif | Logo Sekolah | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Enrolmen Pelajar | PIBG | Keputusan UPSR | Ked Sek | Peraturan Sek | Tema Hari Guru | Pautan | Buku Pelawat | Takwim UPSR | Aktiviti Tahunan | Dalam Kenangan | Web Sek | Panorama | Senarai Guru Besar | Pelan Sekolah | Jom Sembang |

LOGO SEKOLAH


BUKU

:Buku membawa maksud pendidikan adalah matlamat utama dalam proses p & p. Buku juga dapat ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Melalui pendidikan,seseorang itu dapat mengubah corak hidupnya.

EMPAT GELUNG

INTELEK

:Melalui pendidikan, dapat melahirkan masyarakat yang berilmu,berwawasan dan beretika. Ia penting dalam membentuk peribadi murid agar berdaya saing dalam pendidikan.

ROHANI

:Melalui pendidikan agama yang padu seseorang murid itu dapat dibentuk akhlak dan daapat menjadi individu yang baik. Penekanan terhadap agama penting agar setiap murid dapat membezakan sesuatu perkara yang positif daan negatif.

JASMANI

:Aktiviti ko-kurikulum juga penting dan ia perlu seiring dengan kurikulum. Melalui aktiviti ko-kurikulum juga dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap murid melalui persatuan, badan beruniform dan permainan yang dicebur.

EMOSI

:Setiap murid perlu mempunyai semangat cintakan negara.Melalui sikap ini, seseorang murid itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan cenmerlang dan sebagai rakyat yang berhemah.

WARNA

KUNING

:Merujuk kepada lambang pemerintahan beraja yang terdapat di Negeri Sembilan. Kehidupan rakyat yang di tadbir oleh pemerintah dan raja yang adil akan menjadikan Negeri Sembilan lebih berjaya.

BIRU

:Warna biru yang terdapat pada hampir keseluruhan lencana membawa maksud bahawa kedamaian, ketenangan adalah elemen penting dalam suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah. Warna biru juga membawa maksud keharmonian dan kesejahteraan pada murid-murid dan warga sekolah. Warna biru juga dapat ditafsirkan sebagai suasana sekolah yang sentiasa aman dan merupakan tempat selamat untuk menuntut ilmu.

PUTIH

:Merujuk kepada kesucian hati murid-murid yang datang menuntut ilmu. Warna putrih juga membawa maksud tulus sucinya perasaan guru –guru yang mengajar murid-murid di sekolah ini. 3 warna iaitu Merah , Hitam dan Kuning melambangkan warna bagi bendera Negeri Sembilan.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: